UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PIHAK KAMI DENGAN MENYESAL MENGUMUMKAN PEMBATALAN PERTANDINGAN INI SERTA-MERTA ATAS SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. KAMI AKAN MENGANJURKAN AKTIVITI YANG LEBIH MENARIK KELAK. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

 

PERTANDINGAN VIDEO MEMASAK HURIX’S DENGAN RESIPI KREATIF

Terma & Syarat

  1. Pertandingan Video Memasak HURIX’S dianjurkan oleh Jin Bin Corporation Sdn Bhd (389044-M) [“Pihak Penganjur”] and terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad. Bagi peserta yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa/ penjaga sah.
  2. Kakitangan pihak penganjur [termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri] tidak layak menyertai pertandingan ini.
  3. Tempoh penyertaan pertandingan dibahagikan kepada dua bahagian:
    Tempoh penyerahan - 16/10/2022 00:00:00 – 15/01/2023 23:59:59 (3 bulan)
    Tempoh pengundian –
    16/01/2023 09:00:00 – 31/01/2023 23:59:59  (16 hari)
     
  4. Pihak penganjur berhak meminda tempoh penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh penyertaan tidak akan dilayan.
  5. Cara penyertaan:
    a) Hasilkan satu resipi kreatif dengan menggunakan mana-mana produk HURIX’S seperti di bawah:
    - HURIX’S Chengmai Honey
    - HURIX’S Royal Flora Honey
    - HURIX’S Oligo Honey Gold
    - HURIX’S Oligo Honey Classic
    - HURIX’S Oligo Stevia
    - HURIX’S Glukusking Series

    b) Ambil video proses penyediaan dan proses memasak (contoh masakan seperti pencuci mulut, kek, hidangan, minuman dan lain-lain)
    - video harus memaparkan peserta atau ahli keluarga peserta (peserta atau ahli keluarga peserta mesti berada dalam video)
    - menggunakan bahan 5(a) untuk memasak (produk yang digunakan mestilah ditunjukkan dengan jelas dalam video tersebut)
    c) Peserta harus hantarkan maklumat berikut melalui emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. :-
       i) Nama penuh, Nama di FB, nombor telefon , alamat surat-menyurat, alamat emel
       ii) Resipi penuh (bahan yang digunakan)
       iii) 3 gambar masakan yang siap dihidang
       iv) 1 video ikut syarat 5(a) dan 5 (b)
           (peserta boleh hantar banyak video tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja)
           - Tempoh video : min. 50 saat, max. 3 minit
           - Saiz video:  tidak melebihi 300mb
           - Format video : mp4 atau mov
           - Ratio seperti di bawah:

                

              - Boleh muat naik video dengan menggunakan wetransfer, dropbox atau google drive dan kongsikan link video

              v) Pihak penganjur akan muat naik semua video ke FB HURIX’S (http://fb.com/hurixsjb) pada 16/01/2023. Anda boleh kongsi video berkenaan dari FB HURIX’S untuk dapatkan “Like”.
                  Video yang paling banyak “Like” akan jadi pemenang. Kiraan “Like” hanya dari video yang dimuat naik ke FB HURIX’S.
                 - anda boleh tag kawan, kongsikan video berkenaan untuk dapatkan “Like”.
                 - tempoh pengundian (kiraan “Like”) dari 16/01/2023 09:00:00 – 31/01/2023 23:59:59

      6. Semua video mestilah tertakluk kepada syarat- syarat seperti berikut:

  • Video mestilah karya asal dari peserta dan tidak pernah masuk mana-mana pertandingan;
  • Kandungan mestilah tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak privasi, publisiti atau hak intelek lain atau hak lain mana-mana individu;
  • Kandungan mestilah tidak melibatkan aksi-aksi tidak senonoh atau mencolok mata, tiada unsur ganas atau menghina mana-mana etnik, kaum, jantina, agama, profesional atau kumpulan umur, profan atau lucah atau mengandungi kebogelan;
  • Kandungan mestilah tidak mempromosikan alkohol, dadah haram, tembakau, senjata api/ senjata (atau penggunaan mana-mana seperti di atas), sebarang aktiviti yang mungkin kelihatan tidak selamat atau berbahaya, atau sebarang agenda atau mesej politik tertentu;
  • Kandungan mestilah tidak menyinggung perasaan atau menyokong sebarang bentuk kebencian atau kumpulan yang dibencikan;
  • Kandungan mestilah tidak memfitnah, memberikan gambaran yang salah atau mengandungi kenyataan menghina seseorang atau syarikat lain. Kandungan mestilah tidak melibatkan tanda dagangan, logo atau pakaian dagangan (seperti pembungkusan tersendiri atau bahagian luar/ dalaman bangunan) yang dimiliki entiti lain, atau mengiklankan atau mempromosikan sebarang jenama atau produk dalam apa jua bentuk, tanpa kebenaran, kecuali kandungan penganjur.
  1. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web dan facebook pihak penganjur dalam masa satu [1] minggu selepas tarikh tamat pertandingan.
  2. Hadiah-hadiah dalam pertandingan termasuk:-
    Bagi Peserta  (#film n' WIN)

    Hadiah Pertama

    iPhone 14 PRO 512gb

    x1 pemenang  

    Hadiah Kedua

    Samsung Galaxy Z Flip4  256gb

    x1 pemenang

    Hadiah Ketiga

    Fotile One Oven HYZK26-E1   

    x1 pemenang   

    Hadiah Istimewa

    Produk HURIX’S bernilai melebihi RM200.00

    x 20 pemenang 

         Bagi Pengundi  (LIKE n' WIN)
         Pengundi yang mengundi video yang paling banyak “Like” berpeluang memenangi iPhone 14 (1 pemenang)

         

  1. Visual Hadiah yang dipamerkan dalam mana-mana iklan, publisiti promosi dan bahan lain yang berkaitan dengan pertandingan ini adalah tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh menggambarkan hadiah yang sebenar.
  2. Hadiah-hadiah dibekalkan oleh pihak ketiga. Pihak penganjur tidak menjamin kualiti hadiah dan tidak akan memberi sebarang jaminan atau komitmen ke atas hadiah-hadiah.
  3. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dengan maksima tiga [3] kali cubaan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga [3] kali cubaan, dan tiada sebarang maklumbalas dalam masa seminggu, kelayakan akan dibatalkan.
  4. Pihak penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan tunai, kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.
  5. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada. Hadiah yang hilang dan/ atau rosak semasa proses penghantaran dan/ atau semasa penebusan hadiah tidak akan digantikan dan pihak penganjur menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripadanya dan kewajipan untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/ atau rosak.
  6. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  7. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  8. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai pertandingan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  9. Pemenang yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah diiringi oleh ibu/bapa atau penjaga sah semasa tuntutan hadiah.
  10. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju bahawa pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar para peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa para peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan video dan gambar yang mereka telah sertakan untuk pertandingan ini. Para peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
  11. Pihak penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan oleh pihak penganjur.
  12. Sekiranya pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil pemenang hendaklah membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang bersertakan salinan MyKad pemenang.
  13. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi wakil anda, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
  14. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana peserta yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi pertandingan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat pertandingan.
  15. Pihak penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan pertandingan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya pertandingan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.
  16. Para peserta dinasihatkan untuk melayari laman web pihak penganjur hurixs.com.my masa ke semasa untuk maklumat terkini.
  17. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta keputusan pihak penganjur.