PERTANDINGAN MEWARNA
HURIX’S GLUKUSKING TAHUN 2025

(Tempoh Pertandingan01/12/2024 – 15/02/2025)

Pertandingan ini dibahagikan kepada:-
Kumpulan A (Darjah 1-3)
Kumpulan B (Darjah 4-6)

Hadiah setiap kumpulan termasuk: 

Hadiah Istimewa x5 
Wang Tunai sebanyak RM 188
+ HURIX’S Glukusking Gift Box (bernilai >RM200) 

Hadiah Saguhati x5 
HURIX’S Glukusking Gift Box (bernilai >RM200) 

*Setiap peserta akan diberikan sekeping sijil penyertaan.

Cara penyertaan:

Beli mana-mana 1 kotak kecil (6 pkt), besar (12 pkt) atau pek (250gm/300gm) produk HURIX’S Glukusking, gunting dan sertakan Kod Bar tersebut dan karya (dalam saiz A4) untuk mengambil bahagian dalam “Pertandingan Mewarna HURIX’S Glukusking Tahun 2025”. Penyertaan tanpa butiran lengkap akan ditolak. Bilangan penyertaan tidak terhad, Kod Bar yang disertakan mestilah mencukupi. *Peserta dikehendaki menggunakan lukisan yang disertakan, juga boleh tambah unsur-unsur menarik.

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah di seluruh Malaysia.
  2. Peserta boleh gunakan lukisan di halaman belakang borang ini atau muat turun dan cetak lukisan melalui HURIX’S website, FB atau IG.
  3. Bebas menggunakan sebarang bahan pewarna. Gunakan kreativiti untuk mewarna, boleh tambah unsur-unsur menarik dengan melukis. Dilarang menggunakan bahan cetakan dalam hasil karya.
  4. Pihak juri akan menentukan pemenang berdasarkan kemahiran, kreativiti dan kombinasi warna hasil karya.
  5. Keputusan pihak juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  6. Gambar hadiah yang dipaparkan hanya untuk ilustrasi sahaja. Pihak penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  7. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai.
  8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas borang penyertaan dan hasil kerja yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
  9. Semua hasil karya yang dikirim tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik penganjur.
  10. Pihak penganjur berhak mempaparkan butir-butir dan hasil karya perserta sebagai tujuan pengiklanan dan pemasaran.
  11. Pertandingan bermula pada 1/12/2024 dan tarikh tutup penyertaan pada 15/2/2025 – Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan. Bukti kiriman tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.
  12. Pihak penganjur akan mengumumkan keputusan pada 20/2/2025 dan menghubungi para pemenang melalui telefon.
  13. Sila masukkan borang penyertaan yang lengkap bersama dengan hasil karya dalam sampul surat A4, pastikan bayaran pos mencukupi dan kirim ke alamat bawah.

Pertandingan Mewarna HURIX’S Glukusking Tahun 2025
JIN BIN CORPORATION SDN BHD
No. 623, Kawasan Perusahaan Tandop Baru,
05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

** Cetak borang penyertaan dan muat turun gambar lukisan di bawah.

 

 

🖨️ Muat Turun Gambar Lukisan