Terma & Syarat

1. Peraduan Cabutan Bertuah Ulang Tahun Ke-40 Hurix’s dianjurkan oleh Jin Bin Corporation Sdn Bhd (389044-M) [“Pihak Penganjur”] and terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad. Bagi peserta yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa/ penjaga sah.

2. Kakitangan pihak penganjur [termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri] tidak layak menyertai peraduan ini.

3. Tempoh penyertaan bermula dari 1hb Oktober 2019 hingga 31hb Disember 2019. Pihak penganjur berhak memindah tempoh penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh penyertaan tidak akan dilayan.

4. Cara penyertaan:

a)     a) Setiap pembelian mana-mana produk Hurix’s berjumlah RM40.00 dan ke atas dalam resit tunggal (bukti pembelian) melayakkan anda untuk menyertai peraduan ini. Tempoh pembelian dihadkan dari 1hb Oktober 2019 hingga 31hb Disember 2019.

Resit tunggal yang berjumlah RM40 dan ke atas = Satu [1] penyertaan.
- Peserta boleh hantar lebih dari satu [1] penyertaan.
- Nama kedai, tarikh pembelian, nama produk dan jumlah pembelian mestilah tertera di atas resit yang dihantar.  

b)    b) Jawab 1 soalan mudah:
Hurix’s meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun 2019?
Jawapan: Betul or Salah

c)     c) Untuk resit rasmi yang dicetak, hantarkan penyertaan melalui aplikasi Whatsapp (012-4650899) dengan maklumat berikut:
- Gambar resit yang jelas (simpan resit asal untuk tujuan pengesahan)
- Nama penuh, No. Kad Pengenalan, Jawapan, Emel
Contoh: Ali Bin Ahmad, 790102030405, Betul, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk resit tulis tangan, mesti ada cop syarikat, gunting dan sertakan kod bar produk (yang mencukupi) bersama dengan maklumat peribadi, kirimkan ke alamat berikut:
HURIX’S 40TH ANNIVERSARY LUCKY DRAW CONTEST
JIN BIN CORPORATION SDN BHD
623 KAWASAN PERUSAHAAN TANDOP BARU
05400 ALOR SETAR, KEDAH

5. Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan penyertaan peserta jika:
a) Resit berduplikasi atau resit yang sama digunakan lebih dari satu [1] kali, atau resit palsu, pudar/ tidak jelas, terkoyak atau rosak, atau
b) Butiran yang dikehendaki tidak dihantar atau tidak lengkap, tidak jelas atau tidak tepat

6. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

7. Hadiah-hadiah peraduan:-

Hadiah Mingguan: Baucar Watsons/ Guardian bernilai RM50.00 x 4 pemenang (13 minggu/ 52 pemenang)
* Senarai pemenang akan diumumkan pada setiap hari Isnin.

Hadiah-hadiah lumayan untuk peringkat terakhir:

Hadiah Utama : Honda RS150R x 1 pemenang
Hadiah Pertama : iPhone 11 Pro Max x 1 pemenang
Hadiah Kedua : Panasonic 65-inch Smart TV x 1 pemenang
Hadiah Ketiga : Samsung Front Load Washer Dryer (Mesin Basuh dengan Pengering) x 1 pemenang
Hadiah Keempat : Telefon pintar Oppo A9 2020 x 1 pemenang
Hadiah Kelima : Jam Tangan Hurix's Edisi Terhad x 40 pemenang

*Senarai pemenang akan diumumkan di laman web dan facebook pihak penganjur dalam masa satu [1] minggu selepas tarikh tamat peraduan.

8. Visual Hadiah yang dipamerkan dalam mana-mana iklan, publisiti promosi dan bahan lain yang berkaitan dengan peraduan ini adalah tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh menggambarkan hadiah yang sebenar.

9. Hadiah-hadiah dibekalkan oleh pihak ketiga. Pihak penganjur tidak menjamin kualiti hadiah dan tidak akan memberi sebarang jaminan atau komitmen ke atas hadiah-hadiah.

10. Pemilihan pemenang hadiah bertuah akan dilakukan secara cabutan rawak oleh sistem berkomputer. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dengan maksima tiga [3] kali cubaan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga [3] kali cubaan, pemenang baru akan dipilih.

11. Pihak penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan tunai, kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

12. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada. Hadiah yang hilang dan/ atau rosak semasa proses penghantaran dan/ atau semasa penebusan hadiah tidak akan digantikan dan pihak penganjur menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripadanya dan kewajipan untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/ atau rosak.

13. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

14. Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

15. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

16. Pemenang hadiah utama bertanggungjawab sepenuhnya bagi menanggung kos yang terlibat termasuk cukai jalan, yuran pendaftaran kenderaan, yuran plat numbor kenderaan, insurans dan/ atau lain-lain caj perkhidmatan/ pengendalian dan kos berkenaan dengan hadiah utama, seperti caj penghantaran hadiah utama. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos seperti cukai jalan, insuran kenderaan, kos penghantaran hadiah kepada pemenang hadiah utama dan/ atau sebarang kos tambahan.

17. Para pemenang dikehendaki menunjukkan resit rasmi asal dan MyKad yang sah kepada pihak penganjur untuk tujuan pengesahan dalam proses penebusan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan tersebut akan dibatalkan. Pihak penganjur berhak dalam budi bicaranya menolak mana-mana resit yang disyaki diubahsuai atau dalam mana-mana keadaan yang tidak dapat diterima.

18. Pemenang yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah diiringi oleh ibu/bapa atau penjaga sah semasa tuntutan hadiah.

19. Semua penyertaan akan menjadi hak milik pihak penganjur dan para peserta tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai peraduan ini,para peserta bersetuju bahawa pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar para peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa para peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan gambar yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini. Para peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.

20. Pihak penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, aktiviti atau peraduan yang dianjurkan oleh pihak penganjur.

21. Sekiranya pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil pemenang hendaklah membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang bersertakan salinan MyKad pemenang.

22. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi wakil anda, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.

23. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana peserta yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat peraduan.

24. Pihak penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.

25. Para peserta dinasihatkan untuk melayari laman web pihak penganjur www.hurixs.com.my masa ke semasa untuk maklumat terkini.

26. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta keputusan pihak penganjur.