Peraduan Beli dan Menang Tahun Baru 2022 HURIX’S

Terma & Syarat

1. Peraduan Beli dan Menang Tahun Baru 2022 Hurix’s dianjurkan oleh Jin Bin Corporation Sdn Bhd (389044-M) [“Pihak Penganjur”] and terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad. Bagi peserta yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa/ penjaga sah.

2. Kakitangan pihak penganjur [termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri] tidak layak menyertai peraduan ini.

3. Tempoh penyertaan bermula dari 1hb Januari 2022 hingga 15hb Februari 2022. Pihak penganjur berhak memindah tempoh penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh penyertaan tidak akan dilayan。

4. Cara penyertaan: Dengan sebarang pembelian di laman web Hurix’s (hurixs.com.my) dalam tempoh peraduan, anda secara automatik disenaraikan sebagai peserta. Bilangan transaksi = bilangan peluang untuk menang.

5. Hadiah-hadiah lumayan yang jumlah nilai lebih daripada RM15,000 adalah seperti berikut:
Hadiah Utama: Gintell De’Vano Queen Massage Sofa                   x1
Hadiah Kedua: Dyson V8 Slim™ Fluffy+                                      x1
Hadiah Ketiga: Xiaomi Mi Air Purifier Pro XMI-PURIFIER-PRO        x1
Hadiah Keempat: Synca Kitta Percussive Massage Gun                 x1
Hadiah Istimewa: Hurix's Giftbox bernilai RM188                          x8

6. Visual Hadiah yang dipamerkan dalam mana-mana iklan, publisiti promosi dan bahan lain yang berkaitan dengan peraduan ini adalah tujuan ilustrasi sahaja dan tidak boleh menggambarkan hadiah yang sebenar.
7. Hadiah-hadiah dibekalkan oleh pihak ketiga. Pihak penganjur tidak menjamin kualiti hadiah dan tidak akan memberi sebarang jaminan atau komitmen ke atas hadiah-hadiah.
8. Pemilihan pemenang hadiah bertuah akan dilakukan secara cabutan rawak pada 22hb Februari 2022 oleh sistem berkomputer. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dengan maksima tiga [3] kali cubaan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga [3] kali cubaan, pemenang baru akan dipilih.
9. Pihak penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan tunai, kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.
10. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada. Hadiah yang hilang dan/ atau rosak semasa proses penghantaran dan/ atau semasa penebusan hadiah tidak akan digantikan dan pihak penganjur menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripadanya dan kewajipan untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/ atau rosak.
11. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
12. Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pengumuman senarai pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
13. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
14. Pihak penganjur berhak meminta MyKad daripada pemenang bagi tujuan pengesahan dalam proses penebusan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan tersebut akan dibatalkan.
15. Pemenang yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah diiringi oleh ibu/bapa atau penjaga sah semasa tuntutan hadiah.
16. Semua penyertaan akan menjadi hak milik pihak penganjur dan para peserta tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai peraduan ini,para peserta bersetuju bahawa pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar para peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa para peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan gambar yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini. Para peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
17. Pihak penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, aktiviti atau peraduan yang dianjurkan oleh pihak penganjur.
18. Sekiranya pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil pemenang hendaklah membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang bersertakan salinan MyKad pemenang.
19. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi wakil anda, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
20. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana peserta yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat peraduan.
21. Pihak penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.
22. Para peserta dinasihatkan untuk melayari laman web pihak penganjur www.hurixs.com.my masa ke semasa untuk maklumat terkini.
23. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta keputusan pihak penganjur.